FAQ

[Anak Angkat] Adakah status orang yang belum berkahwin boleh mengangkat anak?
Boleh. Bagi wanita, beliau boleh mengangkat anak perempuan dan lelaki. TETAPI bagi lelaki, tidak dibenarkan mengangkat anak perempuan.
[Anak Angkat] Bagaimana proses membuat anak angkat?
Anda perlu mengemukakan Sijil Kelahiran Asal bagi anak yang hendak diangkat terlebih dahulu untuk rujukan pejabat.
[Anak Angkat] Berapa had umur anak yang boleh dijadikan anak angkat?
Had umurnya adalah 18 tahun kebawah.
[Probet] Berapa orang pemegang kuasa yang boleh dilantik?
Pemegang kuasa yang boleh dilantik adalah minimum seorang (1) dan maximum seramai empat (4) orang, dan pastikan waris yang dilantik adalah seorang yang amanah.
[Probet] Macam mana procedure untuk mendapatkan surat kuasa (LA) mentadbir harta simati?
Pejabat Daerah Kuching mempunyai senarai semak yang boleh didapati di Pejabat Daerah Kuching ataupun di ruangan perkhidmatan di laman sesawang ini. Bagi urusan pengambilan borang Probet, pemohon hendaklah mengemukakan Sijil Kematian Asal bagi rujukan pejabat.
 Back To Main